Friday, 24 June 2011

Jenis-jenis Gaya Pembelajaran

Munford dan Honey (1986), merumuskan bahawa gaya pembelajaran dikategorikan kepada empat jenis, iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.

2.3.1 Aktivis
Gaya pembelajaran yang mana individu tersebut melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti pembelajaran dalam bengkel mahu pun bilik kuliah.
Individu ini bersikap tidak sabar dan bertindak tergesa-gesa. Mempunyai tahap naluri yang tinggi terhadap perkara-perkara baru dalam pelajarannya. Di samping bertindak balas dengan pantas, ianya juga gemar kepada perkara-perkara yang baru dan ingin mencuba. Berfikiran terbuka dan penuh semangat serta fleksibel dalam semua perkara.

Inidividu ini juga kreatif berfikir secara kritikal dan mempunyai motivasi intrinsic dan semestinya mengambil inisiatif sendiri bagi menyelesai masalah dihadapinya.

2.3.2 Reflektif
Cara belajar yang cenderung memerhati, memikir dan membuat tindakbalas kendiri terhadap alam pembelajarannya. Individu ini mempunyai idea sendiri untuk memerhati, menyoal siasat, mentafsir, menilai dan membuat refleksi dengan kemahiran berfikirnya. Antara ciri-ciri individu ini adalah berfikir perkara-perkara persekitarannya, kreatif dan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian sendiri. Alternatif adalah perkara yang difikirkan untuk jawapan setelah kedua. Bersikap sistematik dan seorang pendengar yang baik, tidak terburu-buru membuat keputusan.

2.3.3 Teoris
Individu ini gemar menggunakan prinsip dan teori dalam membuat rumusan dan berdasarkan kepada keputusan setelah analisa fakta dibuat. Ciri individu seperti mempunyai pemikiran yang rasional, disiplin yang baik mempunyai visi tetapi kurang kreatif dan cenderung menggunakan otak kiri. Berfikir terhadap kesan dan akibat sesuatu perkara itu berlaku.

2.3.4 Pragmatis
Bersifat praktikal dan cenderung dengan hakikat yang sebenar daripada alasan-alasan teori. Aplikasi dari teori yang sebenar adalah keputusan yang boleh diterima berbanding dengan teori semata-mata. Ciri individu ini adalah seperti bersifat praktikal, memnetingkan bukti kukuh, percaya kepada apayang dilihat dari yang didengarnya dan cenderunguntuk membuat perbandingan.

No comments: